SIRI 5 – Catatan Seorang Penunggang Motosikal

Ragam Ketika di Jalan Raya

Sempena lima tahun aku menunggang motosikal, saja nak share 5 ragam yang aku selalu jumpa ketika di jalan raya. Sebenarnya, banyak lagi la, tapi 5 pun cukup buat masa nie. Apa2 boleh tambah kemudian. 5 yang tersebut adalah:


1. Penunggang yang suka mencilok-cilok – mat dispatch / postman / mat rempit

- Tetiba je potong dari belakang, terkejut aku. Kadang2 aku follow jugak line diaorang

MatRempit-

-

2. Pakcik Veteran / Kedai Roti Bergerak yang bawak motor terlalu perlahan – Semua penunggang lain queue di belakang.

- Aku akan tukar lorong lain untuk potong, kalau tak lambat sampai ofis la camni.

penjual roti

-

-

3. Pakcik Veteran yang bawak motor suka hon-hon – kejap2 hon, kejap2 hon – risau sgt kot bnyk kereta.

- Aku biar je, tak hon dia balik. Cukup la bunyi bising kat jalan raya tu, tak payah tambah bising lagi.

orang tua naik motor

-

-

4. Pemandu kereta yang suka tukar lorong tak bagi signal / bagi signal last minit.

- Aku akan lebih berhati2 kalau ada ruang kosong di depan sebab anytime kereta di sebelah kita tu mungkin nak tukar lorong. Kadang-kadang kalau bahaya sangat aku hon dia sikit.

signal light-

-

5. Bila hujan, banyak penunggang akan berhenti di bawah jambatan, pokok, etc untuk berteduh atau salin baju hujan.

- Kalau Nampak macam gelap sangat, aku akan pakai baju hujan siap2 sebelum pergi /balik kerja. Kalau tak, kena berhenti sekejap untuk salin baju hujan. Apa2 pun, sentiasa bawa baju hujan. Aku tak pernah lagi berhenti di tepi jalan tunggu hujan berhenti. Baik bawa motor pelan2 sampai jugak.

Berteduh2

Related Posts with Thumbnails
banner ad

2 Responses to “SIRI 5 – Catatan Seorang Penunggang Motosikal”

  1. mankuchai says:

    salam,

    Salam saya pun alami situasi yang sama,tgh syok ikut lorong masa jam..tetiba satu kereta cilok nak masuk lane kanan,apalagi hitam jalan kesan brek he3…satu lagi pemandu yg suka konker jalan…bagi la ruang kat p.motosikal kan he3..macam2 kalau dah pagi2 nih..

    • Zuraidi says:

      memang, kereta cilok tu yg bahaya. motor cilok skit xpe, hehe. Tiap-tiap pagi & petang, mmg waktu yang ‘kritikal’ dkt KL ni

Leave a Reply