Malang Tidak Berbau
Pepatah Melayu mengatakan “Malang Tidak Berbau” bermakna sesuatu musibah itu adalah tidak boleh dijangka atau dikesan. Walaupun kita boleh berjaga-jaga tetapi bila sampai masa ia hendak berlaku, ia akan berlaku juga.
Semalam adalah nasib aku. Dalam perjalanan nak ke pejabat pos, di suatu simpang dekat stesen minyak, sebuah kereta hendak keluar dari stesen minyak. Aku yang berada di jalan utama memberi hon beberapa kali sebagai reminder bila tengok muncung kereta tersebut bergerak perlahan2 dari jalan (tanpa stop menunggu jalan free baru keluar ke seberang).
Namun, sepatutnya dia tekan break, tetapi dia tekan minyak. Lalu berlakulah pelanggaran yang membuatkan aku tergolek di tepi jalan. Walaupun cuba mengelak, tapi dah dia tekan minyak maka dah tak boleh pergi ke mana.
Perkara pertama yang aku buat selepas tergolek tu..aku tengok ada mana-mana yang tercedera tak. Tengok kaki, xde darah. Insyaallah ok kot. Cuma jari sikit ada luka. Angkat motor supaya xde minyak tumpah. Aku check motor tengok apa yang rosak. Nasib baik pakcik tu berhenti tepi jalan. Aku tak berapa ingat conversation kami ketika tu macam mana. Mungkin masih berada dalam keadaan terkejut. Cuma yang aku ingat, dia minta belas kasihan..(ayat dia mcm mana aku tak ingat) supaya jangan charge mahal2..(”kita sesama umat masyarakat..ntah apa lagi ayat dia). Apa yang aku ingat sangat, perkataan “maaf” tak henti2 dari mulut dia. Dalam keadaan agak gelap, aku tak nampak sangat kerosakan apa dekat motor aku tu. Tapi aku tengok lampu kereta sebelah kiri dia dah pecah semua. Bumper dia terkeluar skit. Aku tak tahu la, kenapa la aku baik sangat..tak minta dia duit..time tu, aku pikir mcm aku ‘pau orang’ plak kalau minta duit.
Last2 aku kata, xpe lah. Lain kali hati-hati. Pastu aku terus gi pejabat pos. Nasib baik boleh hidupkan engine motor tu. Tapi bila jalan, rasa macam goyang plak. Sudah. Bila sampai pej pos, time untuk kutipan pos laju dah tutup. Xde rezeki. Terus balik rumah.
Repair Motor
Pagi esoknya, aku pi kedai motor. Bawak motor pelan2. Tayar belakang goyang. Bila sampai, suruh la mekanik tu tengok-tengokkan. Rupa2nya kerosakan bukannya sikit, tapi banyak. Itu ini kena tukar. Dah la motor ni je yang aku naik tiap2 hari gi kerja mencari rezeki. Kena la repair.
Senarai yang kena tukar adalah seperti berikut.
Masing-masing kena berhati-hati di jalan raya. Kalau kita sorang je hati-hati orang lain tak, tak berguna juga.
peh..tukar sport rim sekali ke..mak iah..mau seratus tu gak..berapa jumlah tu..
kena tukar jugak, sbb sport rim belakang dah rosak. dah tu kena beli 1 set sbb tak jual sebelah2. memang kering gak la… (tambah hutang kad kredit lagi
)
isyk..awat baik sgt..biaq di api lagu tu..mintak la sikit..kurang2 mintak no tepon.. adeh..parah la kalau lagu ni..takpala..semoga Allah bantu hangpa dengan kebaikan yg keterlaluan tu…
x pe ..sok gaji…plus..kutu..
oo..siap main kutu..baguih la.. gaduh2, garu kepala ja :yes: