sepatutnya.. Imam tersebut yang patut membakar rumah mereka.
Kenapa aku kata begini?
Aku merujuk kepada berita di Harian Metro yang aku baca online bertajuk “Rumah Imam dibakar”. Rumah beliau dibakar kerana orang tidak puas hati oleh tindakan AJK masjid melakukan aktiviti pencegahan maksiat di kawasan sekitar tersebut. Itu yang aku katakan dunia terbalik. Sepatutnya, Imam tersebut yang pergi bakar rumah-rumah orang yang melakukan maksiat & tinggal solat jemah.
“BAKAR” itu adalah merupakan suatu ancaman Rasulullah kepada orang yang meninggalkan solat, kerana pada waktu tersebut hanya orang munafik yang tidak solat berjemaah bersama Rasulullah.
Di dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim terdapat hadith dari Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda (mafhum):
“Sungguh, alangkah ingin aku menyuruh (para sahabat) melakukan solat, dan aku suruh seseorang untuk mengimaminya, kemudian aku pergi bersama beberapa orang yang membawa beberapa ikat kayu bakar menuju (rumah) orang-orang yang tidak ikut solat berjemaah, untuk membakar rumah mereka dengan api.”
Di dalam kitab Musnad Imam Ahmad meriwayatkan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: (mafhum)
“Kalau sekiranya tidak kerana isteri-isteri dan anak-anak berada di dalam rumah mereka, nescaya aku bakar rumah mereka.”
Solat berseorangan nie banyak dugaan. Kambing yang berseorangan lebih mudah ditangkap oleh serigala.

Malah solat berjemaah mendapat 27 kali ganda ganjaran berbanding solat bersendirian. Kalaulah ganjaran tu kita nampak, nescaya berpusu-pusu orang pergi ke masjid/surau (atau di mana-mana sahaja yang boleh) untuk solat berjemaah. Contoh: katakanlah setiap kali solat (sendirian) di rumah, kita dapat RM1 di bawah tikar sejadah. Tapi kalau solat di masjid dapat RM27. So mesti la kita nak ganjaran yang banyak kan? tapi disebabkan ganjaran yang tak nampak oleh mata kasar, maka ramai yang meninggalkannya.
Kena lihat dengan mata hati…

tiada alasan untuk tidak solat berjemaah