Tip Memilih Kasut Larian – Tengok Foot Type

shoes_header_01012009

Pemilihan kasut yang sesuai adalah penting untuk larian: Gambar hiasan

Oleh; ZURAIDI ZAINOL (www.zuraidizainol.com)

Di sini aku cuba huraikan secara ringkas mengenai tip-tip membeli kasut larian dengan melihat jenis kaki / foot type. Tiap-tiap orang mempunyai jenis tapak kaki yang berlainan, jadi tidak boleh semberono membeli kasut hanya kerana berkenan melihat warna, brand & harga. Kita boleh tanya penjual kasut larian untuk mendapat pandangan mengenai jenis kasut mana yang sesuai dengan foot type kita. Juga, jenis kasut berbeza untuk larian speed (jarak dekat), long-run, untuk training, untuk competition, untuk casual running, running dkt track/jalan raya, & off course bagi lelaki & perempuan; masing-masing mempunyai spesifikasi berbeza. Apa2 pun, di sini saya fokus dekat jenis tapak kaki sahaja.

Identifying Your Foot Type

foot type

Figure 1: 3 foot type

Terdapat 3 jenis foot type.

1. High arch / Supinator / Underpronation

2. Normal arch

3. Flatfoot / Pronator / Overpronation

Cara-cara nak test

1. Basahkan tapak kaki – nak guna air berwarna / watercolour pun blh.

2. Pijak atas paper /newspaper

3. Tengok sendiri corak / pattern paper yang basah tersebut.

4. Rujuk Figure 2: Tapak Kaki

So, kalau kaki kita high arch, bentuk tapak tu mcm tapak yg pertama ni (dari kiri).

Kalau normal, gambar tapak yg tengah ni; then kalau flat, gambar tapak hitam yang last (kanan sekali).

higharch-vert

Figure 2: Tapak Kaki

Then, kalau nak tengok dari bentuk kaki, boleh rujuk Figure 3. Bentuk kaki ini juga boleh dilihat melalui tapak kasut kerja / kasut yang kita dah pakai lama. Kita lihat melalui kesan haus. Kalau kesan haus tu tengah2 / balance, maka kaki kita normal arch / neutral. Kalau haus di sebelah luar kaki, maka high arch / supinator. kalau haus dekat kawasan dalam kaki (tapak kasut sebelah kanan, haus kiri; dan sebaliknya) maka ia flatfoot / pronator. Juga rujuk Figure 3 untuk shoe type bagi jenis tapak kaki masing-masing.

jenis tapak kaki

Figure 3

Boleh rujuk website adidas untuk pilih kasut mengikut jenis kaki.

contoh supination - chop warna

contoh supination - chop warna

Contoh tapak haus luar

Contoh tapak haus luar

Semoga serba sedikit pembaca dapat la basic info mengenai bagaimana nak tengok jenis tapak kaki sendiri seterusnya membuat pilihan yang tepat semasa membeli / invest dekat kasut larian yang diidamkan. Semoga dengan memakai kasut yang tepat, kita dapat mengoptimumkan larian dengan efisyen dan efektif seterusnya mengelakkan kita daripada mengalami sakit-sakit kaki, betis, pinggang & belakang akibat daripada memakai kasut yang salah ketika berlari. wassalam.




Related Posts with Thumbnails
This entry was posted in Featured Post, RUNNING, Tutorial and tagged , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Tip Memilih Kasut Larian – Tengok Foot Type

  1. Zuraidi says:

    Kalau anda ada Tips-tips lain, boleh lah kongsikan di sini :-)

  2. Pingback: Coach handbag

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>