hari ni tergerak untuk isi borang HPA, yang adik Khalil datang rumah bagi. sebenarnya, dah lama aku dengar ttg HPA, ya la..aku orang Perlis. seingat aku, 10 tahun dulu aku dah dapat gambar pokok-pokok herba HPA..cuma setakat tu sahaja la. tak tahu kenapa gambar2 tu ada dalam rumah aku..sapa bagi ntah. then, time form 5, abg fadzli (skg kump Far East) mengajar kumpulan nasyid sekolah aku (SMKAA) kump Soutul Alaweeyah. group dia, kumpulan Al-Wahida.. siap dah ada album yang diterbitkan oleh HPA. best nasyid-nasyid dalam tu..sesetengahnya aku still ingat sampai sekarang. ..
aku & isteri dok bincang2, nak letak nama sapa dalam borang tu. last2 bagi isteri saja. aku tolong support jugak la. so, kami google map kejap jalan nak ke kedai Al-Wahida Marketing yang terdekat. Cari punya cari, tak la susah nak jumpa. So, beli la 11 jenis barang dulu. Mcm banyak kan, hehe tapi semua dalam RM50 +- je. Plan aku, nak tukar stage by stage barang2 dalam rumah aku tu, dengan jenama HPA, ataupun jenama Islamic yang dijamin kesuciannya & yakin halal. So, beli la sikit berus & ubat gigi, air sarsi, aiskrim, minyak but-but (utk anak aku..ada org recommend bagus) etc. Nak beli banyak lagi, tapi budget constrain & barang2 lain still ada lagi utk guna, jadi boleh guna dulu, lepas nak habis baru to-up dengan barang2 HPA. So, harap-harapnya aku boleh consistent dengan HPA.. membawa jenama halal.. moreover, syarikat nie langsung tak menggunakan pinjaman bank (untuk mengelakkan Riba’). Dah tu semua produk disahkan Halal, kilang ada GMP lagi tu.. hehe nanti boleh la aku introduce company nie buat TQM plak.
Ok lah, itu saja buat kali ini, sekian.