Archive for the Category »current issues «

2235 Syeikhul Azhar, Syeikh Tantawi (1928 2010) kembali ke rahmatullah

Syeikhul Azhar, Dr Muhammad Sayyid Tantawi rahimahullah menghembuskan nafasnya yg terakhir di Riyadh, Arab Saudi ketika usianya 82 tahun. Beliau meninggal dunia pada pagi hari ini (Rabu) 10 Mac 2010 akibat serangan jantung sebagaimana yg dilaporkan akhbar-akhbar. Tujuan beliau ke Riyadh ialah untuk menghadiri majlis Anugerah Al-Malik Faisal. Ketika di Lapangan Terbang Antarabangsa Al-Malik Khalid, Riyadh, beliau diserang sakit jantung secara tiba-tiba sedangkan sebelum itu beliau berada dalam keadaan sihat. Ketika itu, beliau dalam perjalanan pulang ke Kaherah. Beliau kemudiannya dibawa ke hospital dan menghembuskan nafasnya yg terakhir di sana.

Anak lelakinya, Amru Muhammad Sayyid Tantawi berkata, persetujuan telah dicapai bahawa ayahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Baqi’ di Madinah Al-Munawwarah.

 25078 tantawi Syeikhul Azhar, Syeikh Tantawi (1928 2010) kembali ke rahmatullahLatar belakang ringkas Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi rahimahullah:

  • Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi dilahirkan pada bulan Oktober tahun 1928 di Kampung Salim As-Syarqiyyah di Muhafazah Sohaj di So’id Misr.
  • Beliau menghafaz Al-Quran dan belajar di Iskandariah/Alexandaria, Mesir.
  • Memperoleh PhD dalam bidang Hadith dan Tafsir pada tahun 1966 dengan pangkat Mumtaz (cemerlang)
  • Berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Kuliah Usuluddin, kemudian beliau mengajar di Libya selama 4 tahun dan di Madinah Al-Munawwarah pula sebagai Dekan Kuliyyah Ad-Dirasat Al-’Ulya di Universiti Islam Madinah. Kemudian, beliau pulang semula ke Kaherah.
  • Pada 28 Oktober 1986, beliau dilantik menjadi Mufti Kerajaan Negara Mesir.
  • Pada tahun 1996, beliau dilantik menjadi Syeikhul Azhar.
  • Beliau merupakan salah seorang di kalangan ulama terbilang di Al-Azhar yg mahir dalam bidang Tafsir dan mempunyai karya-karya penulisan yg bermutu.
  • Antara karya-karyanya ialah: Bani Israel fi Al-Quran wa As-Sunnah (1969), At-Tafsir Al-Wasit li Al-Quran Al-Karim (1972), Al-Qissah fi Al-Quran Al-Karim (1990), Muamalat Al-Bunuk wa Ahkamuha As-Syar’iyyah (1991).

Semoga Allah menempatkan Syeikh Tantawi bersama para anbiya dan solihin. Aminnn… Al-Fatihah!

Perhatian! Memang tidak dinafikan Syeikh Tantawi rahimahullah pernah mengeluarkan fatwa yg kelihatan kontroversi tetapi mungkin fatwa itu dikeluarkan atas faktor-faktor tertentu yg tidak kita ketahui. Maka, lebih selamat jika kita serahkan urusan-urusan sebegini kepada mereka yg layak dan tahanlah lidah kita daripada mengecam serta mencerca para ulama. Sesungguhnya daging para ulama itu beracun.

Daripada Ibnu Umar radiyallahuanhuma, sabda Rasulullah Sollallahualaihiwasallam,

hadith Syeikhul Azhar, Syeikh Tantawi (1928 2010) kembali ke rahmatullah
“Sebutlah kebaikan-kebaikan orang-orang yg mati di kalangan kamu dan tahanlah (diri kamu) daripada menyebut kesalahan-kesalahan mereka.”

Hadith diriwayatkan oleh Imam Abu Daud, Tirmizi, Ibnu Hibban, At-Tabrani, Al-Hakim, Al-Baihaqi, Al-Baghawi.
  • Share/Bookmark

halal+jakim Jais arah enam syarikat henti keluar sijil

SHAH ALAM March 6, 2010 ~ Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengarahkan enam syarikat yang mengeluarkan sijil dan logo halal supaya menghentikan pengeluaran sijil berkenaan kepada peniaga dan pemilik premis makanan di Selangor.

Enam syarikat berkenaan ialah :

  1. Bahtera Lagenda Sdn Bhd,
  2. Islamic Food and Research Council,
  3. SAS-H Consultancy,
  4. Perak Religious Officer Association,
  5. Halal Food Council S E A dan
  6. IFANCA International.

Pengarahnya, Datuk Mohammed Khusrin Munawi, berkata Jais sebelum ini tidak pernah memberikan kebenaran dan mengiktiraf syarikat terbabit yang mengeluarkan sijil logo halal kepada beberapa premis makanan di negeri itu terutama di kedai kopi dan medan selera.

Katanya, syarikat terbabit juga didapati tidak melakukan pemantauan selepas mengeluarkan sijil logo halal kepada pemohon seperti dilakukan Jais dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Sehubungan itu, beliau menegaskan hanya sijil logo halal yang dikeluarkan Jais dan Jakim saja diiktiraf untuk diguna pakai di semua premis makanan di Selangor, berkuat kuasa semalam (Jumaat 05/03/2010).

“Syarikat terbabit tidak lagi boleh menerima dan memproses sebarang permohonan mendapatkan sijil logo halal berkuat kuasa serta-merta dan mereka diberi tempoh selama tiga bulan untuk menyelesaikan semua permohonan yang sedang dalam proses pengesahan. Bagi mereka yang belum memiliki sijil logo halal atau mahu memperbaharuinya diingatkan hanya melakukannya melalui Jais dan Jakim,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Mereka yang masih ingkar dengan arahan Jais boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 12 (b) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995.

Antara syarat bagi mendapatkan sijil dan logo halal daripada Jais dan Jakim ialah memastikan bekalan bahan mentah kering atau basah menggunakan sijil logo halal yang sah dan menggunakan khidmat sekurang-kurangnya dua tukang masak Muslim.

Mohammed Khusrin berkata, gesaan itu dibuat berikutan ramai pengusaha barangan halal lebih berminat mendapatkan logo halal daripada pengeluar sijil halal swasta.

Sumber : BHarian 2010/03/06



Related Posts with Thumbnails
  • Share/Bookmark

IP Address or Host Name:
Jom check IP address org lain..hehe :-)