Hari ni kena jaga anak dua orang, so dok pikir..macam mana nak keluar nih. Kereta takde. Nak masak tak pandai. Perut dah berbunyi. Budak-budak ni pun sure nak makan makanan berat sikit, takkan nestum je. So, aku try usha2 website pizza hut tgk online order dia macam mana.
First, go to http://www.pizzahut.com.my/

pizza hut
Dia akan bagi kita 3 choices:
1. Dining Restaurant
2. Home Delivery
3. Online Ordering –> aku pilih yg nie.
Godek-punya-godek, register semua2 (ikut je arahan kat situ; takkan nk citer semua; bkn dpt upah pun hehe
)
Aku risau jugak service dia macam mana. Sebab, dulu aku pernah online order Domino Pizza. Akan tetapi, setelah setengah jam;belum ada apa-apa penghantaran seperti yang dikatakan. So aku call untuk follow-up. Tapi, lepas tu baru dia ambik order base on apa yg aku pesan online. So? kena tunggu lagi setengah jam. Baik tak yah buat online order kalau camtu. ok, itu citer domino.
Pasal pizza hut plak, Aku comfirmkan pesanan dalam jam 10.59 AM. so, dalam 11.29 AM la aku expect diaorang sampai. Tunggu punya tunggu..risau jugak kalau dalam 30 minit tak sampai aku kena call. Aku nie jenis yg malas nak call. Namun.. penantian berakhir apabila jam 11.20AM Rider #16, Mr.Jamil datang menghantar (Macam mana aku tau dia Jamil? dekat resit ada tulis..hehe).
Aku tengok dekat resit, Internet Order TAKEN: 11.05AM. So, ini menunjukkan kalau di ambil kira time diaorang ambik order sehinggalah sampai ke rumah aku; 15 minit sahaja ! Namun begitu, kalau tempat lain tak tau la. Aku punya cawangan PH Genting Klang.
ok, selamat Menjamu Selera.


Boleh Membaca Al-Quran dalam masa 24 jam
Khalil Khusairi blog
M. Khairul Hakimin blog
My Wife Blog
Nurul Ain blog
The Pace Makers – PM1
Get Your Own Website
Ganu One Stop
Harakahdaily.net
The Star
Utusan.com.my
Recent Comments