Archive for the Category »Motosikal «

Malang Tidak Berbau

Pepatah Melayu mengatakan “Malang Tidak Berbau” bermakna sesuatu musibah itu adalah tidak boleh dijangka atau dikesan. Walaupun kita boleh berjaga-jaga tetapi bila sampai masa ia hendak berlaku, ia akan berlaku juga.

Semalam adalah nasib aku. Dalam perjalanan nak ke pejabat pos, di suatu simpang dekat stesen minyak, sebuah kereta hendak keluar dari stesen minyak. Aku yang berada di jalan utama memberi hon beberapa kali sebagai reminder bila tengok muncung kereta tersebut bergerak perlahan2 dari jalan (tanpa stop menunggu jalan free baru keluar ke seberang).

kereta motor 1kereta motor 2

Namun, sepatutnya dia tekan break, tetapi dia tekan minyak. Lalu berlakulah pelanggaran yang membuatkan aku tergolek di tepi jalan. Walaupun cuba mengelak, tapi dah dia tekan minyak maka dah tak boleh pergi ke mana.

kereta motor 3kereta motor 4kereta motor 5

Perkara pertama yang aku buat selepas tergolek tu..aku tengok ada mana-mana yang tercedera tak. Tengok kaki, xde darah. Insyaallah ok kot. Cuma jari sikit ada luka. Angkat motor supaya xde minyak tumpah. Aku check motor tengok apa yang rosak. Nasib baik pakcik tu berhenti tepi jalan. Aku tak berapa ingat conversation kami ketika tu macam mana. Mungkin masih berada dalam keadaan terkejut. Cuma yang aku ingat, dia minta belas kasihan..(ayat dia mcm mana aku tak ingat) supaya jangan charge mahal2..(”kita sesama umat masyarakat..ntah apa lagi ayat dia). Apa yang aku ingat sangat, perkataan “maaf” tak henti2 dari mulut dia. Dalam keadaan agak gelap, aku tak nampak sangat kerosakan apa dekat motor aku tu. Tapi aku tengok lampu kereta sebelah kiri dia dah pecah semua. Bumper dia terkeluar skit. Aku tak tahu la, kenapa la aku baik sangat..tak minta dia duit..time tu, aku pikir mcm aku ‘pau orang’ plak kalau minta duit.

Last2 aku kata, xpe lah. Lain kali hati-hati. Pastu aku terus gi pejabat pos. Nasib baik boleh hidupkan engine motor tu. Tapi bila jalan, rasa macam goyang plak. Sudah. Bila sampai pej pos, time untuk kutipan pos laju dah tutup. Xde rezeki. Terus balik rumah.

Repair Motor

Pagi esoknya, aku pi kedai motor. Bawak motor pelan2. Tayar belakang goyang. Bila sampai, suruh la mekanik tu tengok-tengokkan.  Rupa2nya kerosakan bukannya sikit, tapi banyak. Itu ini kena tukar. Dah la motor ni je yang aku naik tiap2 hari gi kerja mencari rezeki. Kena la repair.

Senarai yang kena tukar adalah seperti berikut.

  1. Cover set – sbb dah pecah2. tukar kaler HITAM :-D
  2. Besket
  3. Stand kaki – bengkok smpai tak boleh tekan gear belakang
  4. Absober – belakang
  5. Bearing set
  6. Engine oil – mmg kena tukar sbb dah time
  7. Brake shoe
  8. Sport rim – ingat blh tukar belakang je sbb yg rosak belakang. tapi dia jual satu set da.

Masing-masing kena berhati-hati di jalan raya. Kalau kita sorang je hati-hati orang lain tak, tak berguna juga.




  • Share/Bookmark

Ragam Ketika di Jalan Raya

Sempena lima tahun aku menunggang motosikal, saja nak share 5 ragam yang aku selalu jumpa ketika di jalan raya. Sebenarnya, banyak lagi la, tapi 5 pun cukup buat masa nie. Apa2 boleh tambah kemudian. 5 yang tersebut adalah:


1. Penunggang yang suka mencilok-cilok – mat dispatch / postman / mat rempit

- Tetiba je potong dari belakang, terkejut aku. Kadang2 aku follow jugak line diaorang

MatRempit 300x176 SIRI 5   Catatan Seorang Penunggang Motosikal-

-

2. Pakcik Veteran / Kedai Roti Bergerak yang bawak motor terlalu perlahan – Semua penunggang lain queue di belakang.

- Aku akan tukar lorong lain untuk potong, kalau tak lambat sampai ofis la camni.

penjual roti

-

-

3. Pakcik Veteran yang bawak motor suka hon-hon – kejap2 hon, kejap2 hon – risau sgt kot bnyk kereta.

- Aku biar je, tak hon dia balik. Cukup la bunyi bising kat jalan raya tu, tak payah tambah bising lagi.

orang tua naik motor

-

-

4. Pemandu kereta yang suka tukar lorong tak bagi signal / bagi signal last minit.

- Aku akan lebih berhati2 kalau ada ruang kosong di depan sebab anytime kereta di sebelah kita tu mungkin nak tukar lorong. Kadang-kadang kalau bahaya sangat aku hon dia sikit.

signal light-

-

5. Bila hujan, banyak penunggang akan berhenti di bawah jambatan, pokok, etc untuk berteduh atau salin baju hujan.

- Kalau Nampak macam gelap sangat, aku akan pakai baju hujan siap2 sebelum pergi /balik kerja. Kalau tak, kena berhenti sekejap untuk salin baju hujan. Apa2 pun, sentiasa bawa baju hujan. Aku tak pernah lagi berhenti di tepi jalan tunggu hujan berhenti. Baik bawa motor pelan2 sampai jugak.

Berteduh2 300x174 SIRI 5   Catatan Seorang Penunggang Motosikal

Related Posts with Thumbnails
  • Share/Bookmark

IP Address or Host Name:
Jom check IP address org lain..hehe :-)