Archive for the Category »Uncategorized «

2235 Syeikhul Azhar, Syeikh Tantawi (1928 2010) kembali ke rahmatullah

Syeikhul Azhar, Dr Muhammad Sayyid Tantawi rahimahullah menghembuskan nafasnya yg terakhir di Riyadh, Arab Saudi ketika usianya 82 tahun. Beliau meninggal dunia pada pagi hari ini (Rabu) 10 Mac 2010 akibat serangan jantung sebagaimana yg dilaporkan akhbar-akhbar. Tujuan beliau ke Riyadh ialah untuk menghadiri majlis Anugerah Al-Malik Faisal. Ketika di Lapangan Terbang Antarabangsa Al-Malik Khalid, Riyadh, beliau diserang sakit jantung secara tiba-tiba sedangkan sebelum itu beliau berada dalam keadaan sihat. Ketika itu, beliau dalam perjalanan pulang ke Kaherah. Beliau kemudiannya dibawa ke hospital dan menghembuskan nafasnya yg terakhir di sana.

Anak lelakinya, Amru Muhammad Sayyid Tantawi berkata, persetujuan telah dicapai bahawa ayahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Baqi’ di Madinah Al-Munawwarah.

 25078 tantawi Syeikhul Azhar, Syeikh Tantawi (1928 2010) kembali ke rahmatullahLatar belakang ringkas Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi rahimahullah:

  • Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi dilahirkan pada bulan Oktober tahun 1928 di Kampung Salim As-Syarqiyyah di Muhafazah Sohaj di So’id Misr.
  • Beliau menghafaz Al-Quran dan belajar di Iskandariah/Alexandaria, Mesir.
  • Memperoleh PhD dalam bidang Hadith dan Tafsir pada tahun 1966 dengan pangkat Mumtaz (cemerlang)
  • Berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Kuliah Usuluddin, kemudian beliau mengajar di Libya selama 4 tahun dan di Madinah Al-Munawwarah pula sebagai Dekan Kuliyyah Ad-Dirasat Al-’Ulya di Universiti Islam Madinah. Kemudian, beliau pulang semula ke Kaherah.
  • Pada 28 Oktober 1986, beliau dilantik menjadi Mufti Kerajaan Negara Mesir.
  • Pada tahun 1996, beliau dilantik menjadi Syeikhul Azhar.
  • Beliau merupakan salah seorang di kalangan ulama terbilang di Al-Azhar yg mahir dalam bidang Tafsir dan mempunyai karya-karya penulisan yg bermutu.
  • Antara karya-karyanya ialah: Bani Israel fi Al-Quran wa As-Sunnah (1969), At-Tafsir Al-Wasit li Al-Quran Al-Karim (1972), Al-Qissah fi Al-Quran Al-Karim (1990), Muamalat Al-Bunuk wa Ahkamuha As-Syar’iyyah (1991).

Semoga Allah menempatkan Syeikh Tantawi bersama para anbiya dan solihin. Aminnn… Al-Fatihah!

Perhatian! Memang tidak dinafikan Syeikh Tantawi rahimahullah pernah mengeluarkan fatwa yg kelihatan kontroversi tetapi mungkin fatwa itu dikeluarkan atas faktor-faktor tertentu yg tidak kita ketahui. Maka, lebih selamat jika kita serahkan urusan-urusan sebegini kepada mereka yg layak dan tahanlah lidah kita daripada mengecam serta mencerca para ulama. Sesungguhnya daging para ulama itu beracun.

Daripada Ibnu Umar radiyallahuanhuma, sabda Rasulullah Sollallahualaihiwasallam,

hadith Syeikhul Azhar, Syeikh Tantawi (1928 2010) kembali ke rahmatullah
“Sebutlah kebaikan-kebaikan orang-orang yg mati di kalangan kamu dan tahanlah (diri kamu) daripada menyebut kesalahan-kesalahan mereka.”

Hadith diriwayatkan oleh Imam Abu Daud, Tirmizi, Ibnu Hibban, At-Tabrani, Al-Hakim, Al-Baihaqi, Al-Baghawi.
  • Share/Bookmark

penipuan gores dan menang

Aku pernah kena sekali sebelum nie. Maksud ‘kena’ tu, mmg kena terkena tahap bayar2 & dapat barang la (barang cap apa2 ntah, xpadan dgn harga). Time tu masih mentah dan peristiwa tu bagi pengajaran. So, 2nd time ‘hampir kena’ aku dah tolak awal2 sbb dah ada pengalaman sebelum ni. Mmg betul; Pengalaman Mengajar Kita. Di bawah aku post reply pengalaman orang lain mengenai perkara yang sama . Moga kita berhati2 & tegas menolak sebarang bentuk penipuan.

more…

Related Posts with Thumbnails
  • Share/Bookmark

IP Address or Host Name:
Jom check IP address org lain..hehe :-)