Archive for the Category »WORKPLACE «

Skg MPC pun ada blog, cuma xpasang nuffnang jer..hehe : http://www.mpc.gov.my/blogs/blogs/blog6.php

UCAPAN TKP1 MPC TN. HJ. AHMAD FADZIL MAHMUD

UCAPAN TKP1 MPC TN. HJ. AHMAD FADZIL MAHMUD

QARI MPC - WAFI

QARI MPC - WAFI - dah lama tak Tarannum katanya..sejak sek rendah. Training sampai suara serak.

KUMPULAN NASYID MPC - AL-HAMRA'

KUMPULAN NASYID AL-HAMRA' - baru 2 hari ditubuhkan sebelum buat persembahan nie..hehe Dari kanan: Zuraidi, Wan, Aizul, Isram, Aidie, Nizam, Hakimin

DRS USTZ SAPAWI - PENCERAMAH MAULIDUL RASUL

DRS USTZ SAPAWI - PENCERAMAH MAJLIS MAULIDUL RASUL

  • Share/Bookmark

Sambutan Maulidul Rasul di peringkat MPC telah berlansung buat pertama kali pada 23hb Feb 2010. Juga buat pertama kali, persembahan daripada kumpulan nasyid MPC, yang diberi nama (last minute) Al-Hamra’ (الْحَمْرَاء) yang bermaksud “the red one”. Ia merujuk kepada Istana / Menara Al-Hamra’.

A-Hamra is a palace and fortress complex constructed during the mid 14th century by the Moorish rulers of the Emirate of Granada in Al-Andalus, occupying a hilly terrace on the southeastern border of the city of Granada, now in the autonomous community of Andalusia, Spain

Macam mana tertubuhnya kumpulan Al-Hamra?

Hakimin yang menubuhkan kumpulan ni melalui BKKI. Walaupun orang lain mempersoalkan (pada mulanya) tapi Hakimin berjaya meyakinkan AJK BKKI untuk buat persembahan nasyid sempena Majlis Maulud Rasul MPC. Dah tu guna nama aku kata aku masuk peringkat kebangsaan etc..ok la tu, kena ada good point jugak.

Aku pada mulanya langsung tak confident (aku ada kata nak tarik diri). Walaupun aku pernah ‘bermimpi’ untuk ada kumpulan nasyid MPC.. tapi tengok yang lain zero basic, so impian tu terbantut la. Lagipun MPC tak biasa sangat nasyid2 nie. Karaoke & nyanyian lain biasa la tu. Tapi melihatkan Hakimin bersungguh2 nak buat..aku proceed.

Nak pilih lagu satu punya hal. 2-3 kali bertukar2. Disebabkan hanya aku & hakimin je yang ada pengalaman ada kumpulan nasyid sendiri sebelum nie, so kena sesuaikan juga dengan ahli2 lain yang takde basic. Tapi at the end.. berjaya jugak.

Tentang nama kumpulan Al-Hamra, waktu emcee umumkan nama nie, kedengaran orang gelak (sebab tak tau meaning dia). takpe, lepas nie blh find out.  Salah satu Nasyid kumpulan Far East ada lagu dia bertajuk Al-Hambra. Liriknya seperti di bawah:

Di tengah kesibukan kota Granada

Kini terbina indah sebuah menara

Setelah lima ratus tahun menunggu

Akhirnya azan terdengar di situ

Suara itu kembali bergema

Mengajak sujud pada Yang Esa

Bersihkan segala debu dan noda

Yang terpalit di kubah Al-Hambra

c/o

Al-Hambra

Singgahsanamu pernah bersinar

Al-Hambra

Indralokamu merah bercahaya

Dengan cahaya iman dan taqwa

Terdengar azan di kota lama

Gemersik di seluruh buana

Nyalakan cinta yang membara

Perjuangan yang tiada sudahnya

Sejarah seringkali bertandang

Tamadun silam kembali gemilang

Bangun Granada dan Kordova

Teguhkan istana Al-Hambra

Al-Hambra

Singgahsanamu pernah bersinar

Al-Hambra

Indralokamu merah bercahaya

Umat silam membina empayar

Kegemilangan

Al-Hambra ..Al-Hambra

Andalusia oh Al-Hambra

Al-Hambra

Singgahsanamu pernah bersinar

Al-Hambra

Indralokamu merah bercahaya

Bagunlah Granada berdirilah Kordova

Teguhkan kembali istana Al-Hambra

Ssuburkan semangat Andalusia

Subur semula Al-Hambra

Related Posts with Thumbnails
  • Share/Bookmark

IP Address or Host Name:
Jom check IP address org lain..hehe :-)