My Running

Hobi aku buat masa sekarang, ialah berlari. Bukan lari dari rumah, atau lari kerja :twisted: . Tapi berlari-lari a.k.a. jogging-jogging tp laju sikit la…  Sekolah dulu ada la masuk wakil rumah Badar (merah) setakat tu je la, bukan wakil negeri pun. Time tu, aku mcm suka larian jarak jauh seperti merentas desa, biasa la acara tahunan sekolah2 kat Malaysia nie. Bukan apa yang aku suka, sebab rasa mcm ada stamina lebih sikit berbanding kawan2, diaorang kat belakang aku dah jauh kat depan..hehe :-)

Lepas keje dekat MPC, aku join kelab larian. So, start la balik lari-lari ni. En. Dzul la start mendedahkan ilmu2 larian, dia pun pernah masuk marathon. Time tu, langsung tak terfikir nak masuk marathon. Latih punya latih, aku wakil office aku untuk Sukan MPC-Spring Games 2008. tapi aku tak menang la lawan dgn runner Singapore tu. Rasanya diaorang mmg hardcore marathon ni.

Aku melangkah setapak lagi dalam aktiviti larian ni bila aku daftar masuk KL Standard Chartered International Marathon 2009, 10KM. Then masuk pulak Adidas Running Group for Beginner. Siemens Run 2009 10KM, Adidas King of The Road 2009 11KM dan pencapaian terbaik setakat ini; Penang Bridge International Marathon 2009 Half marathon 22KM 2h 09min… dan yang terbaru; Energizer Night Race 2010 21KM. Energizer nie..kurang memberangsangkan masa aku, latihan kurang, starting lambat..etc. 2jam 27min.

Tapi, half-marathon aku yang terbaru lagi haru. Dkt Standard Chartered KL Marathon 2010. 2jam 47min. Lagi lama, hehe.

Training on-going

Last year aku selalu lari dekat Tasik Taman Jaya (tasik longkang,  :roll: huhu), pastu Taman Metropolitan Kepong, then lake garden & KLCC; Kadang-kadang dkt Tasik Titiwangsa. Aku mempersilakan la sesape yang nak join, jom la, ada geng best skit. Lari untuk kesihatan diri jugak kan.

Setakat nie, Latihan dengan AdiNation of Runners memang banyak membantu prestasi. Tapi aku dah tak boleh join sangat sbb jadual aku dah berubah, even jadual ronnie & wong kei ming pun.

<Ronnie> <khamis> <klcc>

<Kei ming> <rabu> <lake garden>

Lepas raya, baru la aku nak pikir pasal training Penang Bridge International Marathon, kategori Full Marathon 42 km, for the first time. Ntah, tengok la apa jadi nanti.