My Favourite Sport

Di sekolah rendah dulu, aku pernah gagal dalam pemilihan pasukan bola sepak dan bola baling sekolah. Tapi, aku berjaya dalam pemilihan sukan Larian 4x200m.

Di tempat kerja, aku pernah dikatakan “kayu” oleh seorang Manager sbb tak pandai bermain badminton. Selepas peristiwa itu, aku tanamkan dalam diri yang “setiap orang ada kelebihan & kekurangan” dan aku akan “fokus kepada kelebihan diri”.

Dan aku memilih; Marathon Running

as My Favourite Sport.

|

Aku mula serius dalam Marathon Running apabila start join Adidas Running Community for Beginners, yang dilatih oleh Saudara Ronnie. Selain dari mendapat ilmu-ilmu marathon running, Dapat sponser masuk Adidas King of the Road 2009 secara percuma + dapat vest Adidas yang berkualiti.

Adidas Running Community di Re-Branding menjadi Adination of Runners. Kawasan latihan semakin banyak & pertambahan ahli semakin menggalakkan. Latihan semakin teratur & sistematik dengan setiap ahli mendapat ‘Running Passport’.

zuraidizainol-adination-passport

Adination Passport aku

Aku start membeli barangan Adidas bila dah banyak sangat ‘involve’ dengan Adidas. Terutamanya setelah join Adidas Running Community, Adination & Adidas King of The Road 2009 di Stadium Shah Alam di mana produk ini dipromosikan. Ada kaunter ‘sembur’ free.. hehe :-)

Kini, insyaallah kalau ada rezeki nak try barang2 yang ada seperti gambar di bawah:

Satu set lengkap penjagaan diri… sesuai utk seorang ‘atlit’. 8-)

Sebagai penutup; Pesanan Penaja:

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS




Related Posts with Thumbnails
banner ad

Leave a Reply