I Admit That I Was Wrong

Kita memang pernah melakukan kesilapan. Tetapi kita kena belajar daripada kesilapan. Bukannya ego & tak mengaku salah sendiri. Kadang-kadang kita melakukan kesilapan dengan kawan-kawan, bos, ahli keluarga, suami/isteri, malah dengan anak-anak sendiri. Sebut pasal anak2, aku nak recommend baca artikel ini (oleh Ustaz Zaharuddin)(diambil dari blog hakimin), amat bagus untuk dibaca oleh para ibu bapa. Moga kita ambil iktibar & tak ulang kesilapan yang dilakukan oleh ibu bapa yang lain. Point penting yang aku nak highlight, didik anak tak boleh SPONTAN. Kena ada perancangan.

Hari nie pun aku sendiri bermula dengan kesilapan. Kalut & tergesa2 pergi kerja. Kesilapan: tak prepare. So, kena juga ada perancangan. P-D-C-A (Plan-Do-Check-Action). Kadang-kadang keadaan rumah yang agak bersepah, kena juga ada perancangan & sistem pengurusan. Bukan syarikat je kena ada sistem pengurusan. Rumah pun ada. Pesanan untuk pembaca & diri aku sendiri, aku ada terjumpa blog Household Management yang boleh di rujuk di SINI.

Kembali kepada tajuk entry nie, I Admit That I Was Wrong. yes, i do admit it. Jadi, aku di sini menyusun jari memohon maaf secara terbuka kepada sesiapa sahaja yang pernah aku lakukan kesilapan terhadap mereka sejak aku mula mengenali sehinggalah sekarang. Minta maaf tak payah tunggu raya dak. Bila-bila masa di mana jua anda berada.

The Six Most Important Words – I Admit That I Was Wrong

The Five Most Important Words – You Did A Great Job

The Four Most Important Words – What Do You Think?

The Three Most Important Words – Could You Please

The Two Most Important Words – Thank You

The Most Important Word – We

The Least Important Word – I





Related Posts with Thumbnails
banner ad

One Response to “I Admit That I Was Wrong”

  1. ibunoor says:

    Satu artikel yang amat menyentuh perasaan (oleh Ustaz Zaharuddin). Semoga Allah SWT dapat membantu kita dalam mendidik anak-anak; pewaris kita di masa hadapan…amin.

Leave a Reply