Pada pendapat aku, setiap penulis perlu menulis dalam keadaan positif. Maksudnya, minda & pemikiran penulis sewaktu membuat coretan (tulisan tangan atau menaip). Ini kerana, apa yang ada di dalam fikiran penulis itulah yang akan mencorakkan ‘content‘ penulisan yang mana akan turut mempengaruhi emosi pembaca.
Jadi, kalau ditulis dalam keadaan marah, kecewa, sedih, kata-kata kasar etc. emosi tersebut akan terus kekal di dalam penulisan tersebut selama-lamanya (cateris paribus*). Jadi, walaupun selepas penulis itu dah cool down, malah dah pun melupakan apa yang berlaku, tetapi jika ada pembaca yang membaca tulisan tersebut selepas itu, maka negative attitude tadi berpindah kepada pembaca-pembaca lain..bagaikan ‘virus yang sedang merebak’. Nak ke kita jadi penyebar virus? Tentu tidak. Kita nak jadi penyebar vaksin. Sebarkan tenaga positif anda untuk dikongsi bersama orang lain. Insyaallah, ada juga saham kita. Apatah lagi kalau kita berkongsi ilmu-ilmu agama (contoh: zaharuddin.net). Bergantung kepada tahap ilmu & keupayaan yang kita ada..buatlah apa yang termampu. Jangan pula kita yang tak tinggi ilmu agama tapi nak bercakap pandai..takut salah nanti jadi ‘virus yang sedang merebak’. Tapi masih ada cara nak berkongsi ilmu agama walaupun kita kurang ‘arif’ kurang ‘pakar’. Kita copy paste artikel2 dari yang pakar dengan syarat; bagi kredit dengan meletakkan link artikel asal.
Sebarkan tenaga positif anda untuk dikongsi bersama orang lain
Negative attitude boleh berpindah kepada pembaca-pembaca lain. Perkara yang sama juga akan berlaku jika penulisan itu penuh dengan positive attitude. Jadi, apa yang aku nak highlight kan di sini, walau apa pun emosi kita ketika menulis… kalau boleh cuba untuk positif kan sehabis mungkin. Supaya, positif tersebut sentiasa kekal dan berpindah kepada pembaca lain. mesti la kita nak yang baik kan? yang tak baik takkan nak bagi dekat orang.
Fikir positif. It will happen.
Jumpa lagi
___________________________________________________________________
*This means holding everything else constant
[...] tetapi, aku cuba positifkan diri aku, agar apa yang aku pernah kata di dalam entry yang lepas..tentang perasaan penulis ketika menulis akan ‘ter’salur juga kepada pembaca. So, [...]