Satu pengenalan diriku yang tak seberapa ini. Aku bukan sesiapa, aku seorang pekerja yang baru bekerja. Ada la dalam setahun lebih. Sebagai pengenalan, biarla aku explain sikit latar belakang aku nih. Umur nak masuk 25 (hujung bulan nie la). asal orang utara, bandar diraja. dah berkahwin, ada anak sorang. wife pun orang utara jugak. tapi anak orang kL. ye la, dah lahir dekat KL. taraf pendidikan, setakat nie bachelor degree. master belum lagi tapi ada la impian nak sambung master sampai Phd. yang penting sekarang cari duit utk habiskan pinjaman pelajaran dulu. belajar tinggi-tinggi pun, hutang je banyak. dengan kata lain, aku bukan la orang yang cemerlang sangat dalam pelajaran, kalau tak mesti dapat biasiswa punya, tak payah kalut2 pikir nak bayar pinjaman. dulu dekat sekolah pun, tak juga cemerlang sangat, gitu-gitu je la. tapi ada rezeki dapa jugak masuk university. mungkin minda separa sedar (sub-conscious mind) kuat kot waktu tu (skg aku masih harap subcm aku still kuat. ?) So, apa lagi yang hang nak tau pasal aku, wahai komputer? Mungkin hang nak tau pasal tujuan aku taip blog nie kan? ok, nanti aku cerita la. pelan2.. kita jumpa next session
Demi Masa
Random Hadith
Ibn Abbas (Allah be pleased with them) reported that there was a person in the state of Ihram whose camel broke his neck and he died. Thereupon the Mes- senger of Allah (may peace be upon him) said: Bathe him with water mixed (with the leaves of) lote tree and shroud him In his two (pieces of) cloth and cover neither his head nor his face, for he would be raised on the Day of Resurrection pronouncing Talbiya. [+] [Muslim 007:2750]
Archives