Percutian Ekspress

Di entry yang lalu, aku melalui saat-saat sukar dari segi fizikal & emosi. Fizikal? sakit belakang tau buat account nie. Emosi plak, tak nak lah citer panjang..

So, bila dah berakhir beban yang menanggung selama 2 tahun lebih nie.. aku ingat nak mula episod baru chapter kehidupan aku ni. So, aku ambil cuti rehat satu hari. Just nak spend masa dengan family aku. Isteri & anak-anak juga lah yang selama ini menyokong aku masa senang & susah. Jadi nak spend masa special sikit. Buat suprise yang aku cuti, saja tak bagitau lagi, lagipun  sbb takut bos tak approved nanti.

Alhamdulillah..bos approved & suruh rehat dekat rumah. Thanks kepada bos yang memahami. So, aku ingat pagi tu nak gi Tasik Titiwangsa je. Tapi pagi tu Wahbah dok cerita apa yang dia nampak sewaktu pi bercuti di Melaka aritu. Terus aku kata..”jom pi sana?”

Cuti sehari je..esok dah kerja. Even malam tu pun isteri ada tuisyen pukul 8 malam. “takpe, kita cuti ekspress..” pi satu tempat je.. Zoo Melaka.

Zoo Melaka Story

Pukul 10.30 pagi bertolak dari rumah..jalan langsung tak jem sbb hari bekerja kan. Best jugak kalau selalu camnie. Tapi kena bekerja sendiri dulu la.. kalau makan gaji..alamat tak merasa. (azam tu ada jugak)

Singgah jap di R&R nilai…breakfast+lunch. Apa yang aku tak best..ada satu geng dok jual handphone curi, dok ketuk2 cermin kereta dok jual. Risau gak aku kang diaorang buat apa2 kang. Ada 5 kali cermin kereta aku diketuk (ada 4 orang yg berlainan) sambil diaorang tunjuk2 hp di tangan..yg membawa maksud..”nak beli tak?” aku cepat2 geleng2 kepala! Pihak berwajib perlu ambil perhatian.

Aku meneruskan perjalanan…wahbah & yusuf bosan2, diaorang main dalam kereta. Jenuh juga nak menjaganya.. riuh satu kereta. Panjat memanjat tu aktiviti biasa depa la..sambil2 tu posing jugak ambik gambar.

Drive punya drive, akhirnya sampai di zoo melaka jam 1.30 tgh hari. Terus beli tiket. Si penjual tiket tu kata.. “nanti pukul 2 ada pertunjukan haiwan ye..” bagus2..

Kami sekeluarga jalan2 dengan senang hati..orang tak ramai jadi rasa amat selesa tanpa sebarang gangguan. Boleh tengok haiwan puas2..kembali kepada nature.

Gambar burung kakak tua tu, biasa la tapi dah jarang nampak kan.. so snap la sikit..(teringat lagu ‘burung kakak tua..hinggap di jendela..’ lagu time sek rendah dulu)

Iguana pun ada? ada orang geli dengan iguana..hehe aku pun ada juga geli, tapi dengan ulat :-P

Bila dah nak dekat pukul 2, terus ke pentas nak tengok persembahan. Tapi biasa la..bukan tepat2 pukul 2 persembahan berjalan. Sementara tunggu tu.. snap dulu gambar anak2.

Bila dah ramai orang sikit, baru start. oo..ada orang utan rupanya.

Persembahan tu memang menghiburkan..lawak tengok lakonan orang utan tu dengan penjaganya. Bila dah habis bergambar..jalan2 lagi tengok haiwan2 yang jarang di tengok..secara dekat !

Zebra..senang budak2 nak menyebutnya. Teringat kartun Madagascar. Kiranya majority binatang yg ada dalam kartun ku.. kitaorang gi tengok punya lah.

Zirafah..sian tengah2 panas semuanya duduk bawah bumbung.. eh, kata haiwan Safari dok dekat gurun panas pun xpe. Agaknya dah biasa dok Malaysia, dah tak tahan panas. hehe

Bila sampai dekat Tiger..itulah kemuncaknya. Sebab yusuf dah boleh sebut ‘Tiger!” dengan jelas sekali. perkataan ‘ayah’ pun tak boleh sebut lagi..tiger dah boleh..tu yang bawak dia pi tengok tu.  Sian dia, walaupun mengantuk letih..tapi bila sampai part tiger je..terus cerah mata. sambil muncung mulut…yusuf kata ‘uuu..tiger!’

Bila dah tengok tiger tu pun penat..sambung lagi jalan2. Alamak, jauh lagi la.. stroller terlupa bawak sebenarnya sbb tu yusuf letih..mak ayah dia pun letih dok mendukung 2 orang budak tu. Wahbah yang dah big boy pun nak dukung jugak..sbb takut tengok Iguana tadi, terus tak nak jalan. Sekali sekala je.

last sekali, disebabkan penat..kami tunggu naik trem je lah. Lama jgak menunggunya..dengan hujan lagi. Bila sampai je, terus naik trem. Eh? kena bayar 2 ringgit pulak. Aritu naik malam (night safari) tak kena duit.

Akhirnya sampai juga ke penghujung zoo. Tengok2 ada lagi show. Pukul 4 petang. Show gajah. Stop layan dulu laa.

Aku pun tak pernah menyentuh gajah nie, dekat zoo negara boleh bagi makan gajah je…tu pun kena bayar. mahal plak tu..

Rasa takut jugak..tapi wahbah tu langsung tak takut. berani dia..nak datang dekat2 gajah nak pegang belalai..walaupun pekerja tu kata ‘ok’ tapi aku sendiri yang takut. sekali dia libas…haa.

Tapi time ambik gambar, tak menolak punya. Kenang-kenangan la katakan. Lagipun gajah tu dah siap posing.Boleh duduk dekat kaki dia. Aku tak berani..wahbah je yang duduk. hehe

AKu sempat la pegang sikit kulit dia..geli la aku lain macam kedutan kulit dia tu..hehe..dari jauh tak nampak berbulu dekat2 ada bulu.

Itulah ending cerita di zoo. kena kejar masa jugak sebab kena balik sebelum pukul 8 malam, isteri ada tuisyen nak mengajar. Tapi sempat jugak singgah R&R cari cencaluk.. :-P favorite

Sampai KL, jem la..sbb time orang balik keje. Kena plak aku lalu Jalan Tun Razak. Tapi alhamdulilah..selamat sampai ke destinasi 7.30mlm Just nice utk mandi2 hilangkan bau gajah.

Lain kali..tak perlu teragak2 lagi kalau nak plan nak pi mana2 tempat yang possible. Pandai2 la adjust kan. Rasanya next time kena gi Air Keroh Resort plak.. hehe

Sekian.

Related Posts with Thumbnails
banner ad

Leave a Reply