Posted by
Zuraidi on Feb 9th, 2010 in
PERSONAL |
2 comments
Sakit kepala sejak 3 hari lepas. So, entry kali ni berkaitan dengan sakit kepala jugak laa.
Pengenalan
Sakit kepala adalah gejala yang biasa dan kerap berlaku dikalangan kita. Ia biasanya tidak
menggambarkan suatu penyakit yang serius.
Ia melibatkan semua peringkat umur dan hampir semua diantara kita mengalaminya.
Walaupun ia tidak serius, ia menyakitkan dan menganggu aktiviti harian kita.
Sebab Sakit Kepala
Berikut adalah sebab-sebab yang merangsang sakit kepala :
- Tekanan (tension headache).
- Kemurungan
- Migraine (penyempitan salur darah)
- Penyakit serta ketegangan dalam mata.
- Sakit gigi dan tulang rahang.
- Penyakit berkaitan anggota Telinga, Hidung dan Tekak.
- Kejang otot.
- Kecederaan kepala dan tengkuk/leher.
- Angin Ahmar
- Jangkitan dalam otak, ketumbuhan dalam otak (Brain Tumor).
- Tekanan Darah Tinggi
- Pengambilan dadah dan racun
Rawatan
Rawatan bergantung kepada sebab :
- Berehat/baring dalam bilik gelap,sunyi.
- Ambil ubat tahan sakit yang ringan seperti Tablet Paracetamol atau Asprin.
- Cuba teknik bertenang dan urutan.
- Jika migrane, letakan beg air batu atau tuala sejuk di atas dahi anda dan ubah suai pemakanan anda.
- Kendalikan tekanan anda dengan baik.
- Cuba rawatan pilihan seperti chiropractic dan akupuntur.
- Rawatan khusus bagi penyakit tertentu.
Bila Perlu Berjumpa Doktor.
Sakit kepala biasanya tidak serius, tetapi jika dibiarkan berpanjangan akan memudaratkan.
Jumpa doktor jika anda mempunyai tanda-tanda amaran serius (Red flag) seperti berikut :
- Demam.
- Jika anda melebihi 40 tahun.
- Tidak berkurangan selepas pengambilan ubat tahan sakit yang ringan.
- Sakit kepala sangat kerap dan teruk.
- Sakit kepala yang berbeza dari yang biasa anda alami.
- Lebih teruk dengan batuk atau bersin.
- Selepas kemalangan yang melibatkan kepala.
- Kejang tengkuk/leher.
- Khayal/lali.
- Sawan.
- Rasa lemah dan kebas.
- Kabur penglihatan atau buta.
- Sakit kepala melebihi seminggu, lebih teruk di waktu malam atau awal pagi.
- Loya, muntah.
- Hilang selera makan dan susut berat badan.
- Seseorang pengidap darah tinggi, penyakit kanser dan HIV
Pencegahan
- Tangani tekanan anda dengan baik.
- Ketahui teknik-teknik untuk bertenang.
- Pemakanan seimbang.
- Kerap bersenam.
- Berhenti merokok.
- Amalkan gaya hidup sihat
Soalan Lazim
Perlukah saya menjalani pemeriksaan CT-brain?
- Keutamaan diberi kepada kes-kes yang mempunyai tanda-tanda amaran ‘red flag’ atau menunjukkan tanda-gejala jangkitan atau ketumbuhan dalam otak .
- Kajian mendapati hanya satu peratus pengidap sakit kepala menunjukan keputusan yang
positif.
Ketumbuhan dalam otak adalah penyebab utama Headache/Sakit kepala, ya
atau tidak?
- Tidak.
- Kerana kebanyakan sakit kepala adalah disebabkan ketegangan ‘tension headache’.
Leave a Reply
sy bru berumur 19tahun,,sejak awal tahun2010 saya sering sakit kepala..kini 5 bulan sayamenanggung kesakitan. Kesakitan ini biasanya sebulan 3mgu dan ianya berlarutan. apakh sebabnya??
Salam, cik afieqah. Saya pun bukanlah seorang doktor untuk beritahu details tentang punca sakit kepala yang dialami olek cik. Saya berpendapat, elok sekiranya cik membuat peperiksaan susulan dengan hospital yang berdekatan. Maklumat lanjut tentang sakit kepala boleh juga didapati di link ini: http://www.efarmasi.com.my/contents/selfcare/selfcare.asp?sfcrb=sakitkepala.htm