AdiNation of Runners

adination_logo

Apakah adiNation of Runners (aNr) ? Khas untuk sesiapa yang mempunyai hobi “berlari / running” dipersilakanlah untuk menyertai aNr. Di sini, kita boleh berlatih berlari secara berkumpulan; satu alternatif yang lebih baik daripada berlari secara bersendirian. Terdapat 8 tempat latihan yang mana setiap tempat mempunyai ‘trainer” masing-masing. Antara tempat-tempat tersebut adalah KLCC Jogging Track (Selasa), Taman Bukit Jalil (Selasa), Taman Putra Perdana Putrajaya (Selasa), Taman Tasik Cempaka (Rabu), Taman Tasik Shah Alam (Rabu), Taman Tasik Perdana KL (Khamis), Taman Tasik Permaisuri (Jumaat) dan Taman Tasik Titiwangsa (Sabtu). Jadi, anda boleh memilih tempat-tempat yang berdekatan dan hari-hari yang sesuai dengan diri anda untuk mula berlari bersama adiNation.

Selain daripada mendapat bimbingan, motivasi, tip-tip/ilmu larian, terdapat kelebihan lain untuk sesiapa yang menyertai aNr iaitu diskaun 30% untuk pembelian produk-produk larian berjenama Adidas. Para runners juga akan mendapat satu passport larian yang perlu di bawa setiap kali latihan dan dicatatkan tandatangan trainer di tempat tersebut sebagai tanda anda menghadiri sesi latihan pada hari tersebut (mcm konsep kedatangan). Namun diingatkan agar anda tidaklah menyertai adiNation of Runners hanya kerana hendak mendapatkan diskaun kerana mereka yang konsisten menghadiri latihan sahaja yang layak. Sebagai contoh, sekiranya anda telah menghadiri 10 sesi latihan, anda layak mendapat 10% diskaun. 20 sesi latihan = 20 % diskaun, 30 sesi latihan = 30%. Jadi, anda perlulah masuk berdasarkan kepada “minat” kepada sukan larian supaya kita enjoy setiap kali latihan yang diadakan.

Latihan saya yang pertama di KLCC park, ramai kawan-kawan baru yang saya jumpa. Zamri adalah salah seorangnya,. Yang saya ingat tentang dia, dia masuk silat Lian & aktif menghadiri latihan di Segambut. Beliau juga baru dalam sukan larian. Manakala rakan-rakan yang lain, ada yang dah power dan baru menyertai aNr.

Laporan latihan yang saya ambil dari Ronnie See (Trainer di KLCC Park) http://pm1.blogspot.com :

Training for adiNation of Runners

What : adiNation of Runners
When : 17th November 2009, Tuesday

Meeting Point : KLCC Park
Route : KLCC Jogging Track
Time : 6.25pm
Menu : 1.3km x 5 (Time Trial)

Turn out was good today, everyone got their passport liao! Can go anywhere they like to run according to der respective area provided.

Results :
28.24 – Hong Zi Shen
28.28 – Ronnie See
28.47 – Fauzan Ismail
30.11 – Lian Bee Hoon Goreng – PR!
32.28 – Lai Fong Sang
34.29 – Kee Guan Chye
35.20 – Zuraidi Zainol –> (yang Ronnie kata “U dah kong skg ni”)
41.31 – Yap Chee Ching
42.43 – Lee Siew Teng
43.00 – Boey Yin Yin (4 Loops)
00.00 – Lavin (DNF)

adiNation of Runners passport

adiNation of Runners passport

Gambar di atas adalah passport yang saya dapat pada hari ni.. Kena jaga elok-elok, sebab time latihan badan semua berpeluh, passport yang saya baru dapat dah nampak macam kusam sebab kena peluh. Walau apa pun, training hari ini memang enjoy, ramai orang datang. Split time saya adalah seperti berikut:

Lap 1 –> 6.43

Lap 2 –> 7.15

Lap 3 –> 7.09

Lap 4 –> 7.10

lap 5 –> 7.00




Related Posts with Thumbnails
banner ad

Leave a Reply