Catatan Pengalaman Half-Marathon PBIM kali pertama

Jam menunjukkan 8 malam. Aku sudah update status terkini di FB, & terus dengan plan sleep-loading aku. Pukul 12 malam aku terjaga.. lagi 3 jam 30 minit kepada waktu aku start nak berlari half marathon. Jadi, aku terus mandi dan menyiapkan diri dengan pakaian running. Vest PBIM, seluar danau kota, bib no di vest tu jangan lupa, hydration belt (isi air gatorade sekali), jam Timex, stokin Injinji, Kasut Saucony (diikat dengan championchip), & sikat rambut elok2. Aku tgk cermin, set mind aku sekali lagi; dengan membayangkan aku dah selamat sampai di Finishing Line dengan pakaian yg aku pakai sekarang (bayangkan rambut basah-basah sikit dengan peluh). Isteriku baru terjaga..sambil tersenyum melihat aku berpakaian lengkap untuk larian, lalu dia berkata “Nak Radix Cereal tak?” Aku dengan pantas mengangguk. “Bagus juga, boleh isi perut sikit. Silap-silap lari power sebab minum herba-herba ni..” kataku dalam hati.

Bila aku sudah berpuas hati dengan semua persiapan, baru isteriku membangunkan abahnya yang sedang tidur. “Abah!, abah! Abang dah siap ..” Bapa mertuaku lantas bersiap-siap dengan jaket untuk membonceng aku untuk ke Queensbay Mall, tempat Penang Bridge International Marathon bermula. Jam pukul 2 pagi, tak banyak kenderaan di jalan raya. Suasana yang sejuk menyelubungi..tambahan pula aku tak memakai jaket apa-apa; hanya sekadar vest larian. Kelihatan sebuah motor lain yang turut membonceng seorang peserta larian PBIM yang dapat aku kenalpasti melalui vest yang sama kami pakai. Ketika abah memotong motor tersebut, aku menoleh lalu sempat menganggkat tangan sebagai tanda ‘menegur’ dengan maksud ‘good luck untuk larian kejap lg’. Dia pun membalas dengan mengangkat tangan kembali tetapi riak wajahnya dapat ku baca, bagaikan dia berkata ‘nie sapa plak nie, tak kenal pun’. Tiba pula di satu persimpangan, jalan sudah ditutup. Polis trafik mengarahkan dua tiga kereta dan motosikal yang ingin melalui jalan tersebut supaya mengambil jalan yang lain. Abah turut berhenti di situ lalu bertanya..”Jalan ni tutup ka?” lalu polis trafik itu menjawab “Ya Pak Aji, Pak Aji kena pusing roundabout sana na.” Aku tersenyum.. Pak Aji pun Pak Aji la.. walaupun belum naik haji lagi.

Setibanya di Queensbay Mall, kelihatan ramai peserta berpusu-pusu berjalan menuju ke khemah PBIM. Jalan sudah ditutup kepada kenderaan. Abah parking motor di situ (berhampiran traffic light) lalu aku terus berjalan mengikut arus orang ramai, berjalan-jalan melihat khemah apa yang ada di sana. Tempat yang aku cari adalah tempat simpanan beg. Bila dah jumpa, terus ambil barang-barang yang perlu lalu yang lainnya ku simpan di dalam beg DIGI dan isi borang untuk deposit beg.

Bag Deposit PBIM 09

Bag Deposit PBIM 09 - Akak yang tgh pegang beg kuning tu la yang tolong depositkan beg aku & time retrieve beg aku, dia jugak yg buat.

Dah habis je, aku terdengar announcement yang Kategori Full Marathon akan berlepas dan meminta agar semua peserta bersiap sedia. Aku mengambil peluang ini untuk melihat pelepasan full marathon yang dijadualkan tepat pada jam 2.30 pagi. Sempat snap 2-3 gambar. Aku berada dekat dengan abg polis trafik dengan motor besarnya yg power tu.

polis trafik di PBIM 09

polis trafik di PBIM 09

Full Marathon berlepas

Full Marathon berlepas

Habis sahaja para peserta full marathon berlepas..aku mula terfikir apa yang perlu aku buat seterusnya.. apa lagi, membuang apa yang patut dan warming-up. Biar lama sikit warming-up..slow-slow take time. Masa yang panjang untuk dihabiskan. Sebelum start warming up, jalan-jalan dulu tengok sekeliling. Saja tengok-tengok khemah-khemah yang belum dibuka sepenuhnya. Then ada juga band buat performance. Manakala di khemah runners, ramai yang sedang lepak-lepak, chit chat, sapu-sapu minyak kuda / gel, tidor/ nap, dok try breath right, etc.

Khemah peserta PBIM 09

Khemah peserta PBIM 09

Best jugak warming-up tepi laut, peluang yang jarang-jarang dapat. Sesetengah peserta yang lain memang psiko..gaya warming-up dah mantap. Berlari-lari laju..tetapi aku tetap dengan caraku yang tersendiri.Warm-up secara sederhana, jangan bazirkan tenaga banyak sangat kerana jauh perjalanan untuk digunakan. Aku plan, larian 10 KM yang pertama tu aku nak anggap sebagai larian warm-up..berlari perlahan-lahan berjoging-joging dan 11 KM yang berikutnya baru pace laju sikit.

30 minit sebelum masa berlepas..aku sudah bersiap sedia di laluan pelepasan.. berjalan-jalan melihat sekiranya terdapat sesiapa yang ku kenali. Tiada. Tiba-tiba ternampak Carrie Teong dengan rakan lelakinya. Aku menegur “I thought you join Full Marathon?”. Sebelum ini ketika bersama-sama berlatih larian dengan Adidas Running Community, aku dapat tahu Carrie Teong daftar PBIM untuk larian Full Marathon pertamanya; sama kes seperti aku. Tapi rupa-rupanya 2x sama dengan aku; dia tukar kategori kepada Half Marathon. Ada ‘injury’ katanya. Tapi aku bukan sebab injury la..sebab takut berlaku ‘injury’ kalau buat full marathon without proper training. Kedengaran pengacara membuat pengumuman; peserta wanita akan bermula jam 3.45 AM. Jadi, peserta lelaki akan bermula dahulu jam 3.30AM dan 15 minit kemudia baru peserta wanita. Ini dapat mengelakkan kesesakan yang melampau.

Di laluan pelepasan yang sempit itu, aku buat regangan-regangan ringan sementara waktu pelepasan. Jam menunjukkan saat pelepasan semakin hampir. Aku hanya menunggu masa untuk bergerak. Tiba-tiba…”powm! ” bunyi pistol ditembak tanda larian bermula. Namun bersesak-sesak dengan orang yang begitu ramai. Jadi masing-masing hanya berjalan-jalan anak menunggu orang di hadapan berlari dan membuka ruang dibelakang pula. Aku kekal dengan rancangan aku. 10km pertama adalah warm-up so sememangnya aku tak berlari laju. Sesampai di traffic light, aku menjenguk kalau-kalau abah masih ada. Ya, Abah memang ada di situ duduk bersembang dengan Rela yang bertugas. Aku melambai-lambai tangan.. bersemangat untuk melakukan larian yang terbaik setakat ini. Itulah different feeling yang ku rasai..antara berlari seorang diri dengan ada orang yang kita kenal yang menemani memberi sokongan. Itu baru bapa mertua, kalau anak-anak & isteri ada menunggu? dah tentu power lagi..hehe.

Berlari..berlari..dalam kekalutan ramai orang tu, aku ternampak satu championchip di tengah-tengah jalan. “Kesiannya, siapa la yang terjatuhkan chip tu, kesian lari takde masa rasmi”. Aku ingat nak kutip tetapi boleh buat apa. So, aku teruskan larian sehingga sampailah aku di water station yang pertama. Terlalu ramai orang, sedangkang water station berada ditengah-tengah jalan & orang ramai berlari di laluan kiri & kanan. Time ni lah ada orang tersepak kaki aku & aku hampir terjatuh. Dah la nak terjatuh, aku tersigung orang sebelah sampai aku terdengar dia kata “ish !” tapi dalam keadaan genting mcm tu even tak sempat nak melihat siapa gerangannya apatah lagi untuk stop minta maaf. Aku terus lari tanpa stop untuk minum, kerana bagi aku masih awal lagi untuk minum. Lagipun, aku mempunyai perancangan yang tersendiri; tidak berhenti pada mana-mana water station; tetapi minum air bekalan sendiri. Mana taknya, kalau berhenti untuk minum ia mengganggu momentum larian aku. Seperkara lagi, penganjur memberikan botol mineral 500ml yang bagi aku membazir. Botol-botol yang separuh penuh bertebaran di jalan sebab kebanyakannya tidak minum banyak. Lagi satu, aku bawa bekal air gatorade sememangnya better dengan air mineral biasa..hehe

Larian diteruskan. Kini menaiki jambatan pulau pinang. peluh mula menitis tetapi kering disapa angin laut. Bagaikan naik motor tak pakai helmet, begitu rasanya dipukul angin laut yang kering dan tak terlalu sejuk. Lampu kuning menerangi sepanjang jambatan. tiba-tiba, terdengar sedikit keriuhan orang-orang dibelakang. Rupa-rupanya Woman Elite Runners dah start memotong kami. Yang pertama memotong adalah pelari Kenya. Pangjangnya dia langkah. Berdesup meninggalkan kelompok kami. selang beberapa minit kemudian, ada lagi yang memotong. Tak kisahlah, aku teruskan larian seperti biasa, berlari langkah pendek tetapi laju. Larian semakin mencabar apabila melalui jalan curam untuk ke puncak jambatan pulau pinang. Tiba-tiba aku ternampak banana station. Apa lagi, jom kita sambar pisang satu ! Breakfast dulu..isi perut..pisang instant energy. Lagipun aku ada bawa air, so tak risau la tercekik ‘mengkelan’ . Ok, teruskan larian..aku masih rasa selesa berlari..hidung tak tersumbat, alhamdulillah. Aku lihat di seberang jalan, Men Elite Runners dah pun membuat U Turn dan berlari di seberang jalan. Aku melihat jauh ke hadapan..”Alamak, lambat lagi ke nak U Turn nie?”

Akhirnya, sampai juga saat U Turn yang aku nantikan. Ada check point; kena lalu di laluan karpet yang telah disediakan supaya timing dapat diambil melalui championchip yang diikat di tali kasut. Yes, aku memang target bila dah buat je U Turn, aku nak tingkatkan kelajuan sikit demi sedikit. Kira bukan lagi larian warm-up tapi bersedia untuk Go-Zone. Time ni semakin banyak Woman Elite Runners memotong. Takpe..biar la diaorang dah Pro. Tapi, yang aku tak tahan tu, ada 2 orang Woman Runners yang aku rasa kategori veteran, rilek je lari sambil bersembang-sembang dua orang  memotong Men Runners yang lain termasuk aku. “Dasat diorang nie, selamba je potong aku sambil bersembang-sembang. Running nie mmg darah daging diaorang kot”. Aku teruskan larian sampai la melepasi puncak jambatan then bila turun je..aku lajukan step ikut momentum. Kini aku dan turun sepenuhnya daripada jambatan dan mula berlari di atas jalan yang mendatar. Alamak, lain plak rasa dia. tak boleh buat lari-langkah-pendek-tapi-laju dah. So aku lari la style macam biasa time training dulu-dulu. Tapi, rasa jauh pulak U-Turn yang ke-dua nie. Ada sponge station, apa lagi..sambar buat kali yang ke-3..best jugak ada sponge nie air sejuk boleh lap-lap muka, tengkuk, tangan yang panas tu. Dengan menyejukkan badan tu kita akan rasa lebih fresh dan dapat berlari dengan lebih lancar.

Kini aku dah makin menghampiri Queensbay Mall semula. Kaki aku sudah rasa panas macam nak terbakar tapi aku tahan. Mind aku well-trained untuk menghadapi PBIM ini dan aku dapat mengharungi semuanya dengan lancar. Aku teruskan kayuhan kaki, stable kan pernafasan, aku berkata pada diri.. “Sikit saja lagi, Aku memang boleh lakukan!”. Masuk je selekoh ke Queensbay Mall, aku masih boleh maintain hinggakan timbul idea “kalau mcm nie, boleh try Full Marathon pulak!”. Walhal, aku masih teringat perasaan aku berlari 10KM di Standard Chartered kali pertama dulu, situasi lebih kurang 2KM lagi nak habis aku terfikir “Penat gile, mcm nie aku tak sanggup masuk Full Marathon atau Half Marathon”. Ternyata di PBIM, keadaan itu bertentangan. Dengan persediaan yang cukup dari segi mental & fizikal aku dapat habiskan PBIM dengan jayanya. Kini aku lalu di dekat traffic light dekat dengan Abah tunggu. Nyata Abah masih ada di sana seperti yang aku harapkan (dia dok tengah bersembang dengan polis trafik pula) . Aku sempat angkat tangan. Abah ternampak aku lalu berkata pada Police Traffic tu, “Tu dia”. Aku rasa dia ada mention yang dia tengah tunggu  menantunya (satu-satunya menantu; hehe) masuk half marathon. Aku sempat jerit pada Abah “2 jam !” sambil aku lihat pada jam tangan Timex aku yang sedang mencatatkan 2 jam 5minit. Aku agak-agak bila sampai finish line, paling lambat 2jam 15minit ke bawah la. Aku terus lari dengan lebih bersemangat. langkahku semakin panjang & cepat. Aku kontrol pernafasan agar aku nampak rilek & bertenaga di finish line & senyum supaya gambar cantik. Aku pikir, mcm mana nak posing tangan. Nak buat ‘peace’ ke? tak nak lah. nak angkat tangan mcm juara ke. Macam hebat sangat. Last-last aku just genggam kedua-dua belah tangan aku ke atas sedikit untuk tunjukkan aku dapat menghabiskan larian dengan keyakinan dan kejayaan.

PBIM finishing line

PBIM finishing line - Genggaman Kejayaan

Aku step di karpet merah untuk penutup kepada timing chip, aku tekan ‘stop’ pada jam timex aku. Masa (Net time) aku adalah 2jam 9minit 39saat. Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah. Aku berjaya tamatkan larian ! Walaupun masa latihan, jarak paling jauh yang aku berlari adalah 11.5KM sahaja. Tetapi dengan keyakinan dan persiapan minda yang tepat aku mampu lakukan 21KM dengan lancar dan yakin untuk menyertai 42KM PBIM 2010 pada tahun hadapan.

ambil timing

ambil timing

Berjalan setelah melepasi Finishing Line - Karpet Merah PBIM

Berjalan setelah melepasi Finishing Line - Karpet Merah PBIM

Aku berjalan ikut lorong yang ditetapkan. Medal diberikan. Kertas untuk cabutan bertuah pun ada. Aku teruskan berjalan..kaki rasa macam ketar-ketar..jalan-jalan lagi untuk tenangkan nafas dan hilangkan penat. Cari water station..bedal 100plus & milo. Aku terus gi ambil beg nak ambil tuala lap peluh. Dapat pula biskut DIGI. Dah cool down sikit, aku terus gi dekat Abah kot-kot dia nak balik. Aku pun dah tak tau nak buat apa lagi..nak tunggu lama-lama bosan. Medal dah dapat, so balik umah lg best. Mandi-mandi ke, makan-makan ke. Solat subuh di rumah lagi selesa.

Berjalan menuju tempat Abah menunggu aku. AKu lihat, dia masih bersembang-sembang dengan Rela yang bertugas td. Aku pun join la sikit-sikit conversation tu. Sambil tunjuk medal yang kuperolehi, kami just tunggu di situ melihat suasana sekeliling. Azan subuh berkumandang. Aku plan nak ajak abah balik je. Tapi Abah teringin nak tengok pelepasan Quarter Marathon 10KM. So aku pun tunggu je. Bila start je, memang boleh dilihat betapa ramainya peserta (kategori sek) yang masuk. Aku teringat kata-kata isteriku, yang dia pun dulu ketika sekolah menengah pernah memasuki larian jambatan pulau pinang ini yang sememangnya adalah ‘Yearly Event’ & tiap-tiap tahun setiap sekolah di pulau pinang ini akan menerima jemputan untuk menyertainya. Setelah selesai tengok 10KM berlepas, aku pi solat subuh dulu di surau yang disediakan, just nak tengok macam mana keadaan suraunya. (bersambung sikit lg..)

Related Posts with Thumbnails
banner ad

Leave a Reply