Taman Metropolitan Kepong (1 pusingan saja 3.65KM)

Dah lama aku tak lari dkt Taman Metropolitan Kepong. So, hari ahad pi bawa anak- anak ke taman permainan.. aku ambik kesempatan untuk berlari keliling tasik ikut jogging track satu pusingan saja (yg aku mampu setakat nie) 3.65KM. Dah 2 bulan tak lari..so nak start balik mestilah susah..kena start from below..tak boleh tetiba terjah 3 pusingan.

1 pusingan 3.65Km aku mencatatkan masa 19min 48sec. almost 20min lah. itu pun penat tak sangga. Lepas habis lari..sambil cool down.. layan anak2 main playground..

Ramai orang.. ramai jugak yang main layang-layang. Ada yg memancing, sightseeing, dating, ‘rempit’ting, etc Sbb tu aku lebih prefer lari di Lake Garden & KLCC..sbb xder motor yg mengganggu.

layang-layang di taman metropolitan kepong

layang-layang di taman metropolitan kepong




Related Posts with Thumbnails
This entry was posted in RUNNING and tagged . Bookmark the permalink.

7 Responses to Taman Metropolitan Kepong (1 pusingan saja 3.65KM)

  1. Nurul says:

    harap saudara terus berkongsi cerita mengenai running ..

    saya baru saja hendak berjinak2, baru ada sepasang kasut, dan baru nak start “couch to 5k” training, tak ada kawan, cari tips di internet saja

    target nak run 5k by May, tapi so far tak jumpa apa2 event, yang 10K saja ada .. ada 5K di bidor, tapi end of April, tak cukup 7 minggu seperti jadual .. pendapat saudara boleh ke nak try run jugak?

    saya mula nak cedok pengalaman sebagai volunteer di energizer night run cyberjaya yang coming up ni ..

    • admin says:

      terima kasih kerana sudi ikuti cerita running saya. Sbnrnya saya pun baru involve dalam running nie bulan Jun 2009 (blm setahun lg pun). Sama kes, xde kawan2 running tp just cari info di internet, baca blog running org lain, tgk tips2 / video running di Youtube, etc. Kasut pun ada sepasang time tu (Mizuno). First running sy adalah KL Standard Chartered 10K. Ada folow jadual jugak utk 10K, tapi tak 100% folow..ikut kemampuan je. Jadual tu hanya sbgai guide. Alhamdulillah, berjaya habiskan larian tersebut.

      Saya rasa, kalau betul2 berazam untuk running, cubalah masuk 5K bidor w/pun tak cukup 7 minggu jadual. Selain dari fizikal, mental jg memainkan peranan penting (even setiap kali training, mental kena kuat tahan penat).

      bagus, boleh dapat pengalaman kalau jadi volunteer di sana, w/pun sy tak pernah jd pun (tak rajin sgt). Untuk dapat kenalan, mgkin boleh kenal dengan Geng Chap Ayam http://chap-ayam-runners09.blogspot.com/ atau join Adination of Runners (Rabu ptg di Lake Garden, Khamis di KLCC).

  2. Nurul says:

    thank you for the info and links

    saya kerja di area KLCC, sangat senang kalau nak join Adination tu, tapi nampak dari posting saudara, macam semua runners pro-pro belaka, saya ni masih pakai t-shirt kapas saja berlari

  3. En. aMin says:

    hi zuraidi,

    tumpang tanya, camne ko tau taman kosmopolitan, Kepong tu jarak die 3.65km ek?

    btw, ko tau tak jarak tasik permaisuri, cheras?

    aku pun join gak Energizer night run tu… tapi 10km je laa..

    Good Luck Bro… :)

    • admin says:

      Confuse sikit, Kosmopolitan Kepong ke..Metropolitan. Aku tau 3.65KM sbb dulu time Standard Chartered KL Marathon, dekat situ la aku dok training.. ada dalam website event tu. Klau skg website tu dah tutup. Tapi still boleh refer di runnersmalaysia.

      Aku tak pernah lari lagi di tasik permaisuri. Tapi setakat yg aku search; terjumpa—> Taman Tasik Permaisuri is the biggest park located in the southern area of the city, nestled between the concrete jungle of Kuala Lumpur City Centre and the many highways that serve this area. The park boasts a synthetic jogging track, topiary gardens, floral arch trellises, and gazebos and has a variety of jogging routes. The three main ones are 1.3km, 1.8km and 4.7km. The undulated terrain on this former mining pool area makes for a more challenging run.

      Apa-apa pun, good luck juga Energizer night run..it’s good to run 10KM.

  4. huck says:

    running is good but running from responsibility is a no no!
    hahha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>