jom buat blog dot com

Aku start pasang blog dot com (zuraidizainol.com) sejak september 2009. Memang puas hati sebab boleh customize sendiri & pasang sendiri plug-in yang pelbagai mengikut kehendak sendiri. Kalau kreatif & ada lebih ilmu2 coding, mcm2 lagi boleh buat.

Mcm mana nak buat?

Kos yang perlu dikeluarkan adalah untuk bayar domain name dan hosting. Bayaran adalah secara tahunan (setahun sekali je) tapi ada juga la yangbulanan (pilih la yg mana suka). Then, bila dah ada domain name & hosting, kena install sistem WordPress. Itu je. then boleh start ber’blog-dot-com’ :-)

Harga? Tak mahal sangat. paling murah boleh dapat, RM60/setahun. Just sama dengan RM5 sebulan. Kalu yang aku punya, RM120/setahun.

Nak pilih domain, ada macam2 domain. ada yang dot com (contoh.com), dot  biz (contoh.biz) dot net (contoh.net) dan banyak lagi. Kalau suka2 nak try check domain name yang available, boleh gi SINI. Tak payah register apa2 pun, just gi ke main page, dekat atas sekali tu (seperti gambar di bawah). Check Domain www. _______ [check]. isi je la dgn apa2 domain name yg kita suka. (contoh, ikutsuka.com). kalau still available xde org daftar lg nama tu, so dia akan bagitau, available.

Nama domain ni macam alamat rumah kita la. takde alamat, posmen nak hantar surat pun susah. Yang bestnya, alamat ni boleh pilih depend kepada ‘uniqueness’ dia. maksudnya, xboleh ada 2 nama yang sama. kalau nama depan sama, yang belakang tu beza. contoh, wxyz.com. kalau dah ada org ambil dot com, kita boleh buat wxyz.net.

Hosting tu plak apa? Kalau domain tu alamat rumah, hosting tu rumah la. Tempat semua content blog kita tu diletakkan. Kalau free blog (blogger.com), semua blog content (gambar2 & posting2) semua ada di server kompeni blogger.com. Tapi kalau kita dah hosting sendiri, semua content tu ada di dalam server kompeni yang kita hosting nie la. Kira kalau blogger.com tutup kedai, free-free la hilang gitu je semua content blog kita. Kalau hosting sendiri, kurang risikonya sebab kita bayar.

ok, setel citer pasal domain & hosting secara amnya. Pasal wordpress pula..agak teknikal sikit cara pemasangan dia. Kalau nak belajar, kita boleh buat Personal Coaching. :-) . Jumpa lagi ..




Related Posts with Thumbnails
This entry was posted in Wordpress and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>