Aku dah lama tak bernasyid nie. Tapi, kini peluang sudah terbuka. Namun aku pening / bz memikirkan bagaimana nak proceed dengan persembahan nie. Kumpulan yang baru, hanya 2 orang je yang ada experience sebelum nie (Aku & Hakimin) manakala ahli2 lain tak tentu jumlah sebenarnya (baru 2 kali perjumpaan & ada datang x datang) so tak tau la end result dia macam mana. Nak training secara serius, perlukan orang yang hanya benar2 minat dengan seni vokal suara. Kalau pernah karaoke tu belum menjamin. At least, minat nasyid pun dah ok. Nak training betul2 pecahan harmoni suara bukan sehari dua (berdasarkan pengalaman). Jadi, aku ambil jalan selamat (agaknye la) guna minus one yang ada back-up suara. Tapi aku pun kalau boleh nak la back-up tu guna suara original tapi masa terlalu singkat. Rasanya, xde orang yang nak memalukan diri dia di atas pentas tu so harapnya ini dapat membantu. Lagipun, koir sebelum nie pun ada pengalaman buat macam tu. Miming je atas pentas tu sbb tak hafal lirik. So, tugas aku sekarang ialah memotong apa yang patut minus one tu..supaya nasyid tu tak la panjang sangat. Cepat habis. Ish..kalau la pandai gubah lagu sendiri.. ada software yang boleh buat pun ok la..boleh godek2.. Apa2 pun… berdoa je la semoga semua berjalan lancar pada 23hb Feb, persembahan nasyid sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul anjuran BKKI (Badan Kebajikan Kakitangan Islam) MPC.
Demi Masa
Random Hadith
In the hadith transmitted by Yahya b. Sa'id on the authority of Qatada (the words are): (The believing servant) finds relief from the troubles of the world and its hardships and (gets into) the Mercy of Allah. [+] [Muslim 004:2076]
Archives